Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Mei 2026.
 

  1. Goldman Sachs setuju bayar AS$500 juta selesai saman pemegang saham berkaitan 1MDB

    Goldman Sachs bersetuju membayar AS$500 juta bagi menyelesaikan saman yang dikemukakan pemegang saham berhubung dakwaan bank pelaburan itu mengelirukan pelabur mengenai peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
     

  2. Guru direman, JPN Johor tegas isu salah laku seksual di sekolah

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual melibatkan warga sekolah susulan isu yang tular di media sosial membabitkan sebuah sekolah di negeri ini.
     

  3. Malaysia negara ketujuh paling dipercayai, bukti negara di landasan tepat - Nga Kor Ming

    Kedudukan Malaysia sebagai negara ketujuh paling dipercayai di dunia menerusi Edelman Trust Barometer 2026 membuktikan negara berada pada landasan tepat dalam memperkukuh keyakinan terhadap institusi, kestabilan sosial dan perpaduan nasional.
     

  4. Pendakwaan gagal dapat perintah larangan wang pelaburan RM548 juta didakwa milik Na'imah, lapan pihak lain

    Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah larangan terhadap wang pelaburan berjumlah RM548 juta yang didakwa dimiliki isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, anaknya dan tujuh pihak lain dalam beberapa akaun bank Singapura.
     

  5. Kerajaan jamin 85 peratus rakyat dilindungi daripada kenaikan kos elektrik - Fadillah

    Kerajaan memberikan jaminan akan terus mengekalkan perlindungan tarif elektrik bagi memastikan kira-kira 85 peratus rakyat tidak terkesan, meskipun peningkatan kos tenaga global dijangka memberikan tekanan kepada harga barangan dan beberapa sektor ekonomi tertentu.
     

  6. Pas kaji semula hubungan dengan Bersatu - Abdul Hadi

    Hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat retak menanti belah apabila parti Islam itu kini sedang mengkaji dan meneliti satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu.
     

  7. 17 jenis barangan disenaraikan dalam SHMMP Kaamatan, Gawai 2026 - Armizan

    Sebanyak 17 jenis barangan akan terlibat dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026.
     

  8. Sabitan kes rasuah: Mahkamah tetap 26 Jun dengar permohonan Isa Samad 

    Mahkamah Persekutuan menetapkan 26 Jun ini untuk mendengar permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi kebenaran menyemak semula keputusan panel terdahulu yang mengembalikan sabitan rasuah, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadapnya.

     
  9. GSF 2.0: Rakyat Malaysia yang dibebaskan selamat di Istanbul, dijangka tiba di tanah air Ahad

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa rakyat Malaysia itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke tanah air.
     
  10. PM Anwar mahu Malaysia tidak bergantung kepada buruh asing yang murah

    Menurut Anwar, jumlah pekerja asing di negara ini yang kini melebihi dua juta orang wajar diberi perhatian serius kerana keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa kawalan.

Must Watch Video

Advertisement