Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Terima kasih Awani Junior

Terima kasih Awani Junior

Memahami kesibukan petugas kesihatan bertungkus-lumus membantu mangsa COVID-19 sehingga tidak berkesempatan mendapatkan bekalan makanan, sekumpulan ahli AWANI Junior (AWANIJr) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan.

Dengan kerjasama sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZAL), mereka sepakat menghantar makanan kepada para petugas di Hospital Serdang pada Selasa.