Skip to main content

Advertisement

Tindakan tidak hormat, rosakkan Al-Quran adalah jenayah di Rusia

Tindakan tidak hormat, rosakkan Al-Quran adalah jenayah di Rusia

Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Tindakan tidak menghormati, merosakkan kitab suci Al-Quran adalah satu jenayah di Rusia, tegas Presiden Vladimir Putin.
Beliau semasa lawatan ke Derbent yang terletak di Republik Autonomi Dagestan berkata, meskipun pencabulan kitab itu tidak dianggap jenayah di beberapa, namun tindakan itu boleh dihukum di bawah undang-undang Rusia.