Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Perjanjian jawatan TPM wujud, Hadi kena rujuk Takiyuddin – Muhyiddin

[TERKINI] Perjanjian jawatan TPM wujud, Hadi kena rujuk Takiyuddin – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kouta anggota kabinet sememangnya wujud.

Katanya, selaku Pengerusi PN beliau menandatangani perjanjian itu bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Tan Sri Annuar Musa.

Malah, katanya, draf perjanjian itu digubal oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.