Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] 'Bahnu International' dalang seludup budak Sri Lanka

[TERKINI] 'Bahnu International' dalang seludup budak Sri Lanka

Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket digelar 'Bahnu International' yang mendalangi kegiatan penyeludupan kanak-kanak Sri Lanka ke Eropah dengan memalsukan data peribadi di Imigresen.

Kejayaan itu hasil penahanan sepasang suami isteri warga Malaysia yang juga dalang utama sindiket terbabit dalam satu operasi di ibu negara pada 12 April lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata siasatan mendapati sindiket ini menyeludup kanak-kanak Sri Lanka ke Eropah menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).