Telekomunikasi | Untung RM 1 bilion, perkhidmatan tidak memuaskan
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tidak berbangga dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau Telco yang mencatat keuntungan 1 bilion ringgit, tetapi masih menyediakan perkhidmatan tidak memuaskan.
Katanya kerajaan melabur berbilion ringgit untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi seperti projek hab gentian optik titik kehadiran atau ‘point of presence’ dengan kos hampir 4 bilion ringgit untuk rakyat, tanpa mengharap pulangan kewangan walaupun satu sen.