Skip to main content

Advertisement

Teknologi | TNB intai prospek pembangunan solar di permukaan air

Teknologi | TNB intai prospek pembangunan solar di permukaan air

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang dalam proses mengenal pasti untuk membangunkan teknologi penggunaan solar terapung di permukaan air bagi menampung serta meningkatkan keupayaan bekalan tenaga boleh diperbaharui (RE) pada masa akan datang.

Menurut Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd (Tre), Mohd Yusrizal Mohd Yusof, ketika ini pihaknya masih lagi membuat penilaian untuk melihat prospek kepenggunaanya secara serius dari pelbagai aspek.