Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tanah Runtuh | Cemas rumah sewa dihuni dua keluarga ditimbus tanah

Tanah Runtuh | Cemas rumah sewa dihuni dua keluarga ditimbus tanah

Dua keluarga berhadapan dengan detik cemas apabila rumah sewa yang didiami mereka ditimbus tanah runtuh ketika hujan lebat di Kampung Mela, dekat Lipis.

Seorang pekerja balak, Abdul Aziz Idris, 51 tahun, berkata, kejadian kira-kira jam 7. 30 petang semalam itu berlaku ketika dia dan keluarganya sedang berehat menonton televisyen selepas menunaikan solat Maghrib.