Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Syarat kemasukan OKU TVET dibincang semula - PM

Syarat kemasukan OKU TVET dibincang semula - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa isu syarat-syarat kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Jelas Anwar, syarat serta sebarang kelonggaran akan dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.