Isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara disebabkan oleh sindiket penipuan pekerjaan luar negara telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Plenari Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) yang ke-16, pada Rabu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan, mesyuarat AMMTC tahun ini diadakan secara sesi sidang dalam talian dan disertai oleh 10 negara ASEAN, negara rakan dialog ASEAN serta sekretariat ASEAN, anjuran kerajaan Kemboja selaku pengerusi ASEAN tahun 2022.