Suara Rakyat | Risau pengambilan dos penggalak masih rendah
Susulan kadar peratusan pengambilan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 yang masih rendah iaitu bawah 50 peratus, beberapa individu melahirkan rasa bimbang sekiranya negara sudah benar-benar bersedia untuk beralih fasa ke endemik.
Mereka yang ditemui Astro AWANI di Ipoh berharap, individu yang layak untuk segera mengambil suntikan itu bagi meningkatkan lagi imuniti rakyat di negara ini.