Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Suara Rakyat | Penggunaan imbasan mysejahtera perlu diteruskan

Suara Rakyat | Penggunaan imbasan mysejahtera perlu diteruskan

Kementerian Kesihatan dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini.

Difahamkan antara kelonggaran SOP itu berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.

Bagaimanapun, beberapa warga Ipoh yang ditemui Astro AWANI berharap agar imbasan MySejahtera dapat diteruskan dan ditambah baik kerana ia memberi keyakinan kepada mereka untuk memasuki sesuatu premis di samping menjalani aktiviti seharian.