Skip to main content

Advertisement

Sidang Parlimen | Subjek pilihanraya tidak pengaruhi pemilihan parti politik

Sidang Parlimen | Subjek pilihanraya tidak pengaruhi pemilihan parti politik

Kementerian Pendidikan (KPM) yakin Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) subjek pilihan raya di sekolah tidak mempengaruhi murid-murid terhadap pemilihan satu parti politik sahaja.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata KPM percaya dengan tahap integriti para guru dalam menyampaikan kefahaman mengenai subjek berkenaan.

Selain itu, kpm juga menurut beliau telah membekalkan bahan-bahan PdP termasuk dalam bentuk video.