Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Serangan | 2 maut, 24 cedera dalam letupan bunuh diri

Serangan | 2 maut, 24 cedera dalam letupan bunuh diri

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 24 yang lain cedera akibat kejadian letupan bunuh diri membabitkan sebuah trak polis di Quetta, ibu kota wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Quetta, Ghulam Azfar Mahesar memberitahu Xinhua bahawa beca milik pengebom bunuh diri yang sarat dengan bahan letupan meledak berhampiran sebuah trak pasukan konstabel Balochistan di kawasan Baleli, Quetta.