Semarak Niaga | Usaha kerajaan bantu usahawan bangkit
Agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) digesa bekerjasama..
...bagi merealisasikan inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga) demi kesejahteraan seluruh keluarga (perniagaan) Malaysia.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob inisiatif itu mampu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi membantu rakyat membina semula kehidupan dan memperkukuh sistem perlindungan sosial negara.