Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Sekolah Daif | JPNS harap proses bina semula dan naik taraf disegerakan

Sekolah Daif | JPNS harap proses bina semula dan naik taraf disegerakan

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyokong penuh saranan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Muhamad Alamin agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyegerakan pembinaan semula atau baik pulih sekolah daif terdapat di Sabah.

Pengarah Pendidikan Sabah, Tah Nia Jeman menyifatkan langkah itu penting kerana ketika ini masih banyak sekolah daif di negeri itu yang memerlukan pembelaan sewajarnya.