Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Sekatan Hak Wanita | Malaysia harap Afghanistan kaji semula tindakan

Sekatan Hak Wanita | Malaysia harap Afghanistan kaji semula tindakan

Malaysia berharap Afghanistan mengkaji semula keputusan mengharamkan golongan wanita di negara itu memasuki universiti kerana ia akan menjejaskan pembangunan pendidikan umat Islam pada masa akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau sudah menulis surat berhubung perkara tersebut kepada pemangku Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem dan Duta Besarnya di Malaysia, Dr Moheb Rahman Spinghar.