Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Segera naik taraf perparitan, jangan pandai kata luar biasa

Segera naik taraf perparitan, jangan pandai kata luar biasa

Penduduk sekitar Changkat Jong, Teluk Intan merayu agar kerajaan segera menaik taraf sistem perparitan dan ban-ban di kawasan mereka bagi mengatasi masalah banjir termenung luar biasa.

Menurut penduduk, jika ia tidak dilakukan segera, dibimbangi boleh menyebabkan banjir termenung yang lebih buruk dan panjang.

Rumah mereka dinaiki air secara mendadak sejak Isnin dan sehingga kini masih lagi terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan.