Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Satu lagi mayat ditemui di dalam kabin

Satu lagi mayat ditemui di dalam kabin

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ke 12 mangsa kapal karam di perairan Sebuyau Sarawak berjaya menemukan satu lagi mayat mangsa sekitar jam 2.15 petang pada Isnin.

Mayat mangsa ke lima itu ditemui di tingkat tiga kabin kapal berkenaan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak selepas kapal tersebut berjaya diterbalikkan sepenuhnya hari ini.