Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Masjid, Tikam Batu ditamatkan pada hari ketiga selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. JBPM Kedah memaklumkan pusat kawalan SAR akan dibuka semula sekiranya menerima maklumat atau perkembangan baharu berkaitan mangsa, Mohamad Khalid Halim Salleh, 84 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 4 Mei lalu.