Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

RUU Lompat Parti | Teliti secara terperinci, jangan terburu - Rakyat

RUU Lompat Parti | Teliti secara terperinci, jangan terburu - Rakyat

Penelitian secara lebih terperinci perlu dibuat dalam menggubal Rang Undang-Undang Antilompat Parti.

Ia bagi memastikan tiada kelompongan yang mampu menggugat keberkesanan dasar yang diperkenalkan.

Perkara itu disuarakan segelintir individu yang ditemui Astro AWANI di sekitar Johor Bahru pada Ahad.

Mereka berpandangan pelaksanaan undang-undang terbabit perlu memanfaatkan rakyat dan bukannya demi kepentingan politik semata-mata.