Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Rusuhan Bangladesh: Hilang segala gundah-gulana lihat anak depan mata

Rusuhan Bangladesh: Hilang segala gundah-gulana lihat anak depan mata

Hati ibu mana yang tidak risau bila anak tidak di depan mata, jauh pula di negara orang. Lebih risau bila dapat tahu ada rusuhan di sana, dapat pula berita ada yang maut akibat insiden itu.
Gundah-gulana hati dibuatnya, tidur malam pun tidak lena. Itulah perasaan Nor Hamimi Harun, ibu kepada dua anak lelaki yang terperangkap di Bangladesh. Ketika ditemui di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), wajah wanita ini sentiasa tersenyum. Tangan pula sentiasa memeluk salah seorang anaknya yang berusia 22 tahun, Muhammad Aliff Hazim.