Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

RM38.7 juta geran dan pembiayaan kepada usahawan Negeri Sembilan

RM38.7 juta geran dan pembiayaan kepada usahawan Negeri Sembilan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sejumlah RM38.7 juta geran perniagaan serta kemudahan pembiayaan kepada usahawan dan koperasi Negeri Sembilan yang berdaya maju.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata inisiatif berkenaan secara tidak langsung dapat memperkasa agenda keusahawanan di peringkat negeri, sekali gus memberi inspirasi kepada kumpulan usahawan.