Skip to main content

Advertisement

Rempuhan Itaewon | Sebulan berlalu, kini sedih bertukar marah

Rempuhan Itaewon | Sebulan berlalu, kini sedih bertukar marah

Sebulan selepas tragedi rempuhan Halloween di daerah Itaewon di Seoul, Korea Selatan berlaku, perasaan sedih waris mangsa yang maut kini bertukar kepada kemarahan.

Ia susulan transkrip beberapa panggilan kecemasan muncul dan memperincikan beberapa jam terakhir sebelum kemalangan itu berlaku yang juga menunjukkan rakyat telah berulang kali memberi amaran tentang kemungkinan rempuhan dan menggesa campur tangan pihak polis.