Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pulihara Marin | 40 bot ditenggelam untuk dijadikan tukun tiruan

Pulihara Marin | 40 bot ditenggelam untuk dijadikan tukun tiruan

Sebanyak 40 buah bot akan ditenggelamkan disepanjang perairan Terengganu untuk dijadikan tukun tiruan selepas mendapat pelucutan hak daripada mahkamah pada tahun ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.