Skip to main content

Advertisement

PRU15 | Tempoh kempen dua minggu pendek

PRU15 | Tempoh kempen dua minggu pendek

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 menyifatkan tempoh berkempen yang ditetapkan selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai pendek.

Pengerusinya, Thomas Fann berpandangan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya memberi masa sekurang-kurangnya 21 hari kerana bagi memastikan undi pos luar negara sampai kepada pegawai-pegawai pengurus pilihan raya di setiap kawasan.