Kerusi Parlimen Pekan antara yang mencuri perhatian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri Pahang.Selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyandang kerusi Parlimen lebih tujuh penggal itu, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. Teka teki siapa akan dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu masih belum terjawab sehingga kini.