Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan tahun ini juga.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Bagi melihat kepada perspektif keputusan itu di Sabah dan Sarawak, kita bersama dengan penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.