Skip to main content

Advertisement

PRU15 | MIC nafi ketengah manifesto bebaskan Najib

PRU15 | MIC nafi ketengah manifesto bebaskan Najib

Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menafikan laporan yang mendakwa antara manifesto yang dibawa parti itu termasuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari penjara.

Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.