Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Majoriti calon UMNO di Selangor, anak tempatan

PRU15 | Majoriti calon UMNO di Selangor, anak tempatan

Majoriti calon Pilihan Raya Umum ke-15 yang dikemukakan UMNO di Selangor adalah anak tempatan.

Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ia melibatkan 10 kerusi tradisi yang diperuntukkan untuk parti itu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan mengenai calon bagi parti komponen lain bagi menghormati semangat sesama parti.

Katanya lagi, calon yang akan diketengahkan BN adalah mereka yang faham dengan rakyat setempat dan sedia berkhidmat.