Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Bilik gerakan BN Arau ditutup, Shahidan malas ambil tahu

PRU15 | Bilik gerakan BN Arau ditutup, Shahidan malas ambil tahu

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan tidak pasti dengan keputusan penutupan kesemua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di bahagian Arau malam Isnin dan tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu.

Beliau ketika dihubungi Astro AWANI berkata, penutupan itu berkemungkinan disebabkan kesemua pimpinan bahagian berada di Kuala Lumpur dan mereka mahu 'berehat' sebentar memandangkan gerakan di kawasan Parlimen itu tidak pernah ditutup.