Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap pergerakan ketenteraan Amerika Syarikat di sekitar Iran, sambil menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada saluran diplomatik. Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata terdapat mesej positif dalam usaha diplomatik, namun pergerakan tentera yang dikesan sangat membimbangkan. Pada masa sama, Presiden Donald Trump melahirkan kekecewaan terhadap rundingan program nuklear Iran dan memberi amaran bahawa penggunaan kekerasan mungkin diperlukan.