Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Projek LCS | Elak berlaku ketirisan, salah guna kuasa, rasuah

Projek LCS | Elak berlaku ketirisan, salah guna kuasa, rasuah

Kementerian Pertahanan akan memastikan Projek Perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dilaksanakan secara telus tanpa berlaku sebarang ketirisan dan penyalahgunaan kuasa atau pun rasuah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar kerana isu pertahanan dan keselamatan negara serta rakyat tidak boleh dikompromi dengan wang ringgit, unsur politik dan pemikiran sempit.