Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Program Subsidi Upah |  Wajar dilanjutkan kepada sektor pelancongan - DAP

Program Subsidi Upah | Wajar dilanjutkan kepada sektor pelancongan - DAP

Parti DAP menyeru kerajaan melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar selama tiga bulan lagi untuk perusahaan pelancongan bagi memastikan sektor tersebut terus pulih dengan lancar.

Menurut jurucakap DAP untuk pelancongan, seni dan budaya, Khoo Poay Tiong, kebanyakan penggiat pelancongan masih menghadapi masalah kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan inflasi yang semakin meruncing.