Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRN Johor | Calon baharu tanda ekosistem politik baharu

PRN Johor | Calon baharu tanda ekosistem politik baharu

Strategi membariskan muka baharu dan muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada sesi penamaan calon yang berlangsung hari ini mungkin boleh diterjemahkan sebagai perubahan dalam ekosistem politik baharu yang lebih relevan.

Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian, ia jelas memberi isyarat bahawa kebanyakan parti yang bertanding pada PRN Johor kali ini menyedari realiti keperluan politik semasa agar selari dengan kehendak pengundi masa kini.