Skip to main content

Advertisement

PRN Johor | 147 SMK sebagai pusat pengundian, tidak ganggu SPM

PRN Johor | 147 SMK sebagai pusat pengundian, tidak ganggu SPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akur tentang penggunaan 147 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh Johor sebagai pusat pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Namun, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, SPR juga perlu memastikan perjalanan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kesemua 147 sekolah tersebut, tidak terganggu dengan proses pengundian.