Politik | Kerjasama Ku Li dan parti lain, tindakan individu
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berpandangan kerjasama yang ingin dibentuk oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersama Pakatan Harapan, hanya bersifat individu.
Katanya, secara prinsip, apa sahaja hubungan antara parti, hanya diputuskan oleh parti dan melalui parti.
Difahamkan satu pertemuan dan perbincangan awal antara Tengku Razaleigh dan pemimpin amanah Kelantan diadakan di Kota Bharu ketika majlis berbuka puasa baru baru ini.