Skip to main content

Advertisement

PM terima kunjungan hormat pemimpin Parti Komunis China

PM terima kunjungan hormat pemimpin Parti Komunis China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao di Perdana Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri berkata semasa kunjungan hormat itu, mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.