Skip to main content

Malaysia

Inkues Zara Qairina: Pakar psikiatri forensik dipanggil semula

41760519181_LBINKUESZARA.jpg
Seorang saksi pakar psikiatri forensik yang sudah memberi keterangannya sebelum ini dipanggil semula dalam inkues kematian Zara Qairina. - Gambar fail

KOTA KINABALU: Seorang saksi pakar psikiatri forensik yang sudah memberi keterangannya sebelum ini dipanggil semula dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, di Mahkamah Koroner di sini, pada Khamis.

Dr Chua Sze Hung, 43, dari Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu, yang merupakan saksi ke-67 dipanggil semula bagi melengkapkan sesi soal jawab oleh pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Sebelum ini, pasukan peguam tersebut memohon sedikit masa untuk menyoal doktor berkenaan kerana laporan yang dikemukan saksi mengandungi 84 muka surat dan perlu untuk diteliti terlebih dahulu.

Pasukan peguam diwakili Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus dan Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement