Skip to main content

Advertisement

PM rai 1,019 warga JPM cemerlang

PM rai 1,019 warga JPM cemerlang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu, adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada warga JPM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di samping meraikan pesara atas segala sumbangan bakti sepanjang perkhidmatan.