Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PM arah beri penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan

PM arah beri penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA 25) yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, penekanan itu penting bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi.