Pesaing PUSPAKOM perlu kemuka permohonan sebelum 31 Oktober
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan PUSPAKOM diberikan lesen untuk meneruskan operasi dibawah kuasa JPJ.
Sebelum itu Anthony menjelaskan konsensi PUSPAKOM tamat pada 31 Ogos 2024.
"Sebelum ini PUSPAKOM beroperasi secara eksklusif melalui konsesi. PUSPAKOM boleh terus beroperasi tetapi perlu bersaing dengan pemain industri yang lain," katanya.
Syarikat-syarikat yang berminat mestilah mengemukakan permohonan sebelum 31 Oktober 2024.
Anthony berharap lesen kedua dan ketiga pemeriksaan kenderaan bermotor menjelang Januari 2025. #AWANInews