Skip to main content

Advertisement

Persetujuan pengakuan bersalah serangan 9/11 ditarik balik

Persetujuan pengakuan bersalah serangan 9/11 ditarik balik

Persetujuan pengakuan bersalah dengan tertuduh dalang serangan pengganas 11 September 2001 dan dua lagi defendan telah ditarik balik, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin pada Jumaat.

Menurut laporan agensi berita Jerman (DPA), pada Rabu, Jabatan Pertahanan AS berkata ia telah mencapai persetujuan pengakuan bersalah dengan Khalid Sheikh Mohammed dan dua lagi yang bersama-sama dituduh.