PERKESO sasar 500 ribu pencarum SKSPS untuk tahun ini - Steven Sim
Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia suku ketiga 2023, terdapat 2.98 juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri.
Namun dalam rekod PERKESO setakat awal Mac 2024 hanya 14.56 peratus yang mencarum dalam SKSPS.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan menampung 90 peratus kos Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) melalui peruntukan dalam Belanjawan 2024.
Oleh itu pencarum tidak perlu membayar RM232.80 setahun, tetapi hanya perlu membayar RM23.30 untuk perlindungan setahun, untuk Pelan Caruman RM1,550.