Seramai 7,057 pekerja kehilangan pekerjaan pada April, meningkat berbanding 5,855 orang pada Mac, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata setiap angka mewakili keluarga yang terjejas, dan kerajaan akan memastikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO bertindak pantas membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan.