Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Perjanjian Kolektif | 8 perkara dipersetujui termasuk pelaksanaan kenaikan gaji

Perjanjian Kolektif | 8 perkara dipersetujui termasuk pelaksanaan kenaikan gaji

Kenaikan gaji antara lapan hingga 15 peratus kepada kakitangan kategori jualan dan perkhidmatan antara lapan perkara yang akan dilaksanakan menerusi Perjanjian Kolektif ke-16 antara Kesatuan Bank-Bank Komersial Sarawak (SCBA) dan Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU).

Penyelarasan melibatkan 13 bank komersial di Sarawak itu akan berkuat kuasa pada 21 Januari depan dan akan memanfaatkan lebih seribu kakitangan termasuk mereka yang menerima tunggakan gaji sejak awal Januari 2021.