Syarikat-syarikat pembersihan diingatkan tidak melakukan kerja mudah dengan membakar sisa buangan dan sampah dalam keadaan cuaca panas ketika ini.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar tegaskan tindakan itu berisiko menyebabkan kebakaran besar sekali gus boleh mengundang bahaya pada keselamatan orang ramai.