Skip to main content

Malaysia

Tiga maut, seorang parah kereta rempuh lori simen

[TB]_Kemalangan Maut Lebuhraya Karak_JBPM
- Foto JBPM

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta Volkswagen dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala ke ibu negara berhampiran Kampung Sungai Chinchin, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.07 pagi.

“​Sebaik tiba di lokasi pada 2.35 pagi, pasukan bomba mendapati empat mangsa tersepit di dalam kereta itu.

​”Tiga berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala wanita 27 tahun cedera parah di kepala dan patah kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Ahmad Mukhlis berkata mayat semua mangsa diserahkan kepada polis manakala wanita itu kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

​Beliau berkata operasi melibatkan enam anggota dan pegawai serta sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang.

​-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement