Skip to main content

Advertisement

Perbicaraan 1MDB | Pemilik The Edge mengaku beri Justo hadiah AS$2 juta

Perbicaraan 1MDB | Pemilik The Edge mengaku beri Justo hadiah AS$2 juta

Pengerusi The Edge Media Group pada Selasa mengaku memberi AS$2 juta kepada Xavier Andre Justo, individu warga Switzerland yang mendedahkan maklumat mengenai 1MDB, sebagai hadiah atas sumbangannya dalam 'membersihkan' anasir kleptokrasi terbesar Malaysia.

Tan Sri Tong Kooi Ong berkata beliau memberikan Justo jumlah wang berkenaan, walaupun tidak mendapat sebarang maklumat atau dokumen berkaitan dana kekayaan berdaulat negara itu.