Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Penglibatan Korea Utara ancam perang Ukraine - AS

Penglibatan Korea Utara ancam perang Ukraine - AS

Amerika Syarikat memberi amaran bahawa penglibatan tentera Korea Utara ke Rusia dalam perang Ukraine berpotensi memanjangkan konflik yang sudah berlangsung lebih dua setengah tahun.

Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin, kira-kira 10,000 tentera Korea Utara telah ditempatkan di timur Rusia, menggunakan pakaian seragam dan peralatan Rusia dalam sokongan langsung terhadap operasi Rusia di Ukraine.